Lecur anak benih nie bukan bermaksud anak benih nie kena air panas...emm org putih sebut penyakit nie Damping off...Ada ke penanam chili pernah terkena penyakit nie?...aku check kat internet..penyakit nie byk serang anak benih kacang soya...anak benih gingseng pun ada...power root betul kulat pembawa wabak nie...Kulat apa tu yeak...antara nama2 mrk ialah Pythium, Rhizoctonia, Fusarium..cam nama bahan2 chemical lak..
Peyakit nie merebak melalui air dan penggunaan tanah yg pernah terkena penyakit nie..Anak benih akan melecur dipangkal batang...cuba tgk gambar bawah nie...
Bahagian batang yg kena penyakit nie akan berair dan melecur..Bila batang anak pokok dah kecut...maka dengan relanya anak pokok nie menumbangkan dirinya sendiri...sian dia...
Tu le sebabnya mengapa ada benih perlu dikenakan racun kulat terlebih dahulu sebelum disemai..tujuan dia utk mencegah dari penyakit nie rrr...cam budak2 pompuan kena suntik rubela tue...mencegah sebelum terkena...faham x?
Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot yang berpunca dari kulat Xanthomoas.Nama saintifik penyakit nie adalah Cercospora capsici...
Kulat nie akan bermati2 an menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok cedera parah...Kekadang petani tu comfius gak...adakah sbb kena lebihan racun maka pokok jadi lubang2 cam nie....
Kalu jumpa atas daun berbentuk bulat atau berbintik2 kecil perang..mmg x syak laie...nie le punca dia...Apabila daun dah cedera parah...bintik2 semakin besar dan bahagian tengahnya akan menjadi kelabu..Akibatnya daun2 akan gugur w/pun kelihatan warna hijau..
Nie le hamama (Polyphagotarsonemus latus)...patut le die ni gemuk gedempol...kalu cite star wars die leh ganti watak Jabba The Hutt...Pokok cili kalu kena serangan dia..terus maut..
Antara ciri2 pokok cili yg kena serang penyakit nie adalah daun jadi kerekot, kerinting, mengecil dan pokok leh terbantut.Daun yang kerekot tu akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh...waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas..Pokok ni kalu dah kena serang makhluk nie...maka pokok nie cam kena Aids r...tiada ubat...hanya tunggu ajal bila2 masa je...Sape penanam cili yg pokok die kena serang penyakit nie...harap jangan le kechewa ye...
(CVMV = Chilli Veinal Mottle Virus)
(PVY = Potato Virus Y)
(TMV = Tobaco Mosaic Virus)
Kesan kutu daun nie ialah pokok yg kena penyakit nie x dapat dipulihkan...senang cakap...genggam kat btg pokok cili kuat2 pas tu cabut...
Tok nenek moyang aku mesti sumpah seranah kalu tahu nama penyakit nie adalah colletotrichum capsici..susah die nak sebut...bersembur2 sireh dlm mulut die nanti.
Peringkat buah kali pertama..90% buah pkk cili aku kena penyakit nie...sume buah2 tu kena buang dlm tong sampah...Penyakit nie dikesan mase seminggu sebelum buah nk merah..pastu ianya terus merebak ngan cepat termasuk le usia buah dah 14 hari...akibatnye buah tu gugur cam tu je (ko tgk r pic pokok aku kat atas tu)
aku mencatatkan iannya mungkin diserang mase pkk tu sdg berbunga @ awal putik (x dpt kesan ngan mata kasar).Kalu dah terkena...sume buah tu kena buang pas tu guna Top M @ Flint + Antracol 70WP @ 0.25g + 1.5g/lit...Utk mencegah buah dari terkena penyakit nie...mase dah berbunga @ berputik...cepat2 le sembur racun berkenaan...nama penyakit nie adalah antrachnose dan ianya berpunca dari serangan kulat.
Org kampung panggil nama dia layu pokok tapi mrk x tau nama glamer dia adalah pseudomonas solanacearum.
mase pokok cili aku berumur 2 bulan 2 hari...3 btg pokok cili aku kena penyakit nie.
pokok aku tu daun nampak hijau tapi daun dan pucuk dia layu semacam. x sampai 6 jam pokok terus jadi arwah.aku dah cuba sembur ngan racun tapi penyakit nie x makan saman gak..pkk aku kojol ngan buah2 dia sekali...buah tu lak dah besor2...kalu satu ladang pokok aku kena wabak nie...x tau r nk cakap ape...kena ngucap panjang2 le gamaknya..hu3
nama dia kutu trip...nama manja dia Scirtothrips dorsalis
Biology dia :
1. telur (6-8 hari)
2. Larva (6-7 hari)
3. Pulpa (2-3 hari)
4. dewasa (leh idup sampai 22 hari tapi purata usia 11 hari je)
Akibat serangan kutu trip
Tugas2 dia :
1. Menghisap cecair dari bahagian daun,pucuk,bunga dan buah.
2. Membekalkan virus kpd pokok.
3. Memastikan pokok cili kita tanam tu kojol.
Antara racun utk bunuh makhluk nie
1. Matalion 5.
______________________________________________________
nak tau cite panjang : http://www.doacs.state.fl.us/pi/enpp/ento/chillithrips.html
______________________________________________________
[Pokok cili hybrid 223 sedang berbunga- usia pokok 2 bulan 7 hari]
skrg nie terdapat beberapa hybrid cili f1 yg di import dari taiwan..antaranye...hybrid 223..(50-70 biji buah sepokok- ketinggian 28cm)...hybrid 469 (100-180 biji buah sepokok) dan 833 (mencapai 55 biji sekilo gram dgn ketinggian 2-6 kaki)...hybrid 568 (40-45 biji/kg dgn ketinggian 4 kaki)...antara hybrid cili yg lain ialah 990,980 dan 022 (vietnam).